Sunday, 8 July 2018

NSRY09 ~ Aloepirandsia Garden

Agropro Intergrated akan menambah satu lagi produk agrobes iaitu Nurseri Mini Alaoepirandsia Garden dalam masa terdekat. Keterangan lanjut mengenai usaha ini sedang dalam pembangunan.

Sunday, 6 May 2018

Katalog Produk AgroPro Intergrated

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tn/Pn/Sdra/Sdri.

Kepada semua para pelawat blog Agro Pro Intergrated yang dihargai lagi di hormati. Terima kasih tidak terhingga kerana kesudian Tn/Pn/Sdra/Sdri meluangkan masa melayari blog ini.

Berikut adalah Katalog Produk yang boleh dilihat secara sepintas lalu. Tn/Pn/Sdra/Sdri hanya perlu melihat KOD PRODUK di lajur kedua jadual katalog ini dan selepas itu Tn/Pn/Sdra/Sdri boleh mencari lebih lanjut setiap info produk di ARKIB BLOG bagi Bulan April (22 Post) dan Mei (4 Post) di ruang kiri blog ini. Tn/Pn/Sdra/Sdri juga boleh melihat perincian setiap produk secara lebih lanjut di sini : 5 Langkah Pembelian Produk AgroPro Intergrated. 

Semoga info yang dipaparkan dapat memenuhi keperluan yang dicari oleh Tn/Pn/Sdra/Sdri sekalian.


DNSM08~Produk Daun Sirih Melayu

AgroPro Intergrated amat menyedari kepentingan daun sirih yang begitu banyak mempengaruhi kehidupan kumuniti Melayu sejak zaman berzaman dahulu lagi. Kini sudah ramai warga komuniti yang telah menyedari kepentingan daun keramat itu, dan mula berjinak-jinak dengannya sebagai tanaman persekitaran rumah masing-masing. Sememangnya sirih boleh dijadikan tanaman santai di rumah dan menjadi bahan berguna ketika kecemasan seperti kulit luka terbakar ringan, melecur, sakit kulit , demam, batuk, sakit tekak, sakit mata, melancarkan haid, mengatasi keputihan, menghilangkan nafas dan ketiak berbau dan bermacam-macam khasiat lagi.

Memandangkan kepentingan tersebut, maka AgroPro Intergrated tidak ketinggalan membekalkan produk daun sirih bagi pelbagai kegunaan harian warga komuniti samada untuk berkapur sirih, upacara adat meminang, bertunang atau perkahwinan atau apa sahaja keperluan.

 
Produk DNSM08
~Daun Sirih Melayu

100 HELAI ~ RM 10
50 HELAI ~ RM 5
20 HELAI ~ RM 3
         

Hubungi : 011-56860368
          Emel : agroprointegrated@gmail.com              
           
Klik Disini Untuk Cara Membuat Pesanan. Terima Kasih.

Saturday, 5 May 2018

Sirih ~ Gemilang Sejak Zaman Berzaman




Sirih

Piper betle Linn. (Betel Leaf)




  
Kingdom:
Division:
Class (Classis):
Order(Ordo):
Family:
Genus:
Species:
betle

Pengunaan Daun Sirih

Pokok sirih amat dikenali dalam masyarakat Melayu dan berperanan besar dalam tradisi adat resam selain daripada perubatan tradisional. Sirih sering dikaitkan dengan semangat kepahlawanan Melayu dan merupakan elemen wajib masyarakat Melayu dalam upacara pertunangan dan perkahwinan. Sirih junjung dijadikan penghulu atau kepala barisan pertama yang mengepalai rombongan pembawa hantaran ketika upacara pertunangan dan perkahwinan. Masyarakat India juga menggunakan sirih dalam upacara keagamaan, perayaan, hari peminangan, pertunangan dan perkahwinan. Pengamal berkapur sirih pula gemar mengunyah sirih bersama pinang, kapur, gambir dan cengkeh pada waktu-waktu santai. Amalan makan sirih yang berlebihan boleh mengakibatkan ketagihan kepada para pengamal tersebut. Secara ringkasnya penggunaan daun sirih telah didapati menyentuh pelbagai aspek kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum di Nusantara.

Makanan

Tradisi berkapur sirih atau makan sirih telah diamalkan sekian lama oleh masyarakat Melayu di Malaysia sejak zaman nenek moyang dahulu lagi. Di Indonesia amalan berkapur sirih dikenali sebagai menginang, berasal dari kosa kata bangsa Jawa, dan masih menjadi amalan biasa hingga kini bagi sesetengah masyarakat. Pendek kata pada masa dahulu, aktiviti berkapur sirih di seluruh Nusantara diamalkan oleh para petani ketika berehat, bersantai dan berbual-bual setelah penat mengerjakan bendang atau semasa musim menuai padi. Para nelayan dahulu pula tidak lupa membawa bekal sirih dan pinang ketika turun ke laut menangkap ikan. Mengikut cerita sejarah Kesultanan Melayu, warga istana juga memakan sirih sebagai santapan pada waktu rehat.

Adat Istiadat

Tepak Sirih dan Sirih Junjung adalah elemen wajib ketika upacara adat istiadat masyarakat Melayu, seawal daripada aktiviti merisik dan bertunang hinggalah majlis pernikahan. Dalam majlis pernikahan, sirih telah digubah dengan sebegitu indah dalam bentuk amat menarik dan dikenali sebagai Sirih Junjung yang menjadi hiasan utama barang-barang hantaran kepada pengantin perempuan.

Tidak ketinggalan juga, ketika adat istiadat di istana, elemen tersebut tidak ditinggalkan dalam adat istiadat yang dijalankan. Dalam upacara rasmi kebesaran istana, Sirih Junjung telah dijadikan hiasan bagi menyemarakkan suasana dan biasanya mengepalai sesuatu perarakan adat.  

Simbol Pengantara

Masyarakat Melayu zaman dahulu amat tertib dan sentiasa mengambilkira kesopanan dan kesusilaan dalam berkomunikasi. Untuk itu, sirih dijadikan symbol pengantara ketika di dalam situasi berikut :-

1. Hadiah ibu bapa kepada guru-guru mengaji Al-Quran, sebagai simbol pengantara menyatakan tanda keikhlasan hati atau seolah-olah satu persetujuan menyerahkan anak-anak mereka untuk dibimbing.

2. Sirih Perangsang menjadi simbol pengantara menyemarakkan semangat juang di samping menjadi penenang hati kepada parajurit ketika ingin bertolak ke medan perang

3. Mengalu-alukan kedatangan tetamu dalam sesuatu majlis dengan cara menghulurkan tepak sirih ke ruang tengah tempat perbincangan, adakalanya bertukar-tukar tepak sirih masing-masing lebih dahulu, dan pihak tetamu pula akan menyambutnya dan dengan senang hati menjamah sirih pinang atau berkapur sirih, menandakan undangan tersebut diterima dengan hati yang terbuka.

Pantun Sirih Buat Renungan

Makan Sirih Berpinang Tidak,
      Pinang ada dari Melaka,
Makan sirih mengenyang tidak
      Tegal di budi dengan bahasa.

Sirih sekapur bawa berniaga,
     Sirih tidak dijual beli
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.

Serai serumpun sirih sejunjung,
     Serai digenggam sirih diikat,
Kasih ibu tiada penghujung,
     Lekat dihati ke akhir hayat.


Keistimewaan Daun Sirih





Wednesday, 2 May 2018

MAi05 04 Tanaman Hiasan Ruangan Oleh Rukayah Aman


Jom berkongsi ilmu....terdapat pelbagai tanaman hiasan yang mengisi ruang persekitaran rumah kita. Samada kita sendiri yang menanamnya atau ianya telah berada di situ sebelum kita mendiami kawasan tersebut. Yang pastinya kita terlepas pandang untuk mengambil tahu apakah nama mahupun sifat-sifat semulajadi tumbuhan tersebut. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk mengenali tanaman disekitar kediaman kita dengan merujuk setiap item yang disenaraikan dalam buku ini. Saya pasti ada di antara kita yang ingin mengetahuinya kerana keperluan masing-masing atas sebab akademik bidang lanskap atau memiliki kerjaya sebagai kontraktor bidang lanskap ataupun sememangnya kita mempunyai hobi melengkapkan koleksi tanaman kita. Tak kenal maka tak cinta....Itulah kata pepatah yang dipegang oleh penulis iaitu untuk mengenali jenis tumbuhan ciptaan Allah SWT dimuka bumi ini....semoga buku ini dapat merapatkan kita dan meningkatkan penghargaan kita dan dapat menjadi medium sebaran ilmu bermanafaat untuk seluruh warga komuniti di Malaysia! 

Sila klik di sini untuk membuat pesanan.....


NSRY09 ~ Aloepirandsia Garden

Agropro Intergrated akan menambah satu lagi produk agrobes iaitu Nurseri Mini Alaoepirandsia Garden dalam masa terdekat. Keterangan lanjut m...