Sunday, 8 July 2018
NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery
AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan, Batu Berendam, Melaka. Nurseri ini yang telah dibangunkan di kawasan rumah taman adalah diperingkat awal pembangunan. Walaupun begitu kini terdapat lebih daripada 100 species tumbuhan melibatkan tanaman hiasan dan herba.
Sunday, 6 May 2018
Katalog Produk AgroPro Intergrated
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tn/Pn/Sdra/Sdri.
Kepada semua para pelawat blog AgroPro Intergrated yang dikasihi. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa melayari blog ini.
Berikut adalah sepintas lalu tentang Katalog Produk. Tn/Pn/Sdra/Sdri hanya perlu melihat KOD PRODUK dan selepas itu cari lebih lanjut info produk di ARKIB BLOG di ruang sebelah kiri laman hadapan blog ini. Tn/Pn/Sdra/Sdri juga boleh melihat setiap produk secara lebih lanjut di sini : 5 Langkah Pembelian Produk AgroPro Intergrated.
Semoga info yang dipaparkan dapat memenuhi keperluan Tn/Pn/Sdra/Sdri sekalian.
P09 ~Produk Daun Sirih Melayu
AgroPro Intergrated amat sedar akan kepentingan daun sirih yang begitu banyak mempengaruhi kehidupan kumuniti orang Melayu sejak zaman berzaman dahulu lagi. Kini sudah ramai warga komuniti yang telah sedar kepentingan daun keramat itu, dan mula berjinak-jinak menanam pokok sirih di sekitar rumah masing-masing. Sememangnya sirih adalah tanaman santai perlu ada di setiap rumah kerana amat berguna ketika waktu kecemasan seperti kulit luka terbakar ringan, melecur, sakit kulit , demam, batuk, sakit tekak, sakit mata, melancarkan haid, mengatasi keputihan, menghilangkan nafas atau ketiak berbau dan bermacam-macam khasiat lagi.
Memandangkan kepentingan tersebut, maka AgroPro Intergrated ada membekalkan produk daun sirih bagi pelbagai kegunaan harian samada untuk berkapur sirih (makan sirih) , upacara adat meminang, bertunang atau perkahwinan atau apa sahaja keperluan.
Memandangkan kepentingan tersebut, maka AgroPro Intergrated ada membekalkan produk daun sirih bagi pelbagai kegunaan harian samada untuk berkapur sirih (makan sirih) , upacara adat meminang, bertunang atau perkahwinan atau apa sahaja keperluan.
Produk P09
~Daun Sirih Melayu
100
HELAI ~ RM 10
50
HELAI ~ RM 5
Saturday, 5 May 2018
Jom Kenali Sirih ~ Sejenis Tumbuhan Yang Gemilang Sejak Zaman Berzaman
Sirih
Piper betle Linn. (Betel Leaf)
Kingdom:
|
|
Division:
|
|
Class (Classis):
|
|
Order(Ordo):
|
|
Family:
|
|
Genus:
|
|
Species:
|
betle
|
Pengunaan Daun Sirih
Pokok sirih amat dikenali dalam masyarakat
Melayu dan berperanan besar dalam tradisi adat resam selain daripada perubatan
tradisional. Sirih sering dikaitkan dengan semangat kepahlawanan Melayu dan
merupakan elemen wajib masyarakat Melayu dalam upacara pertunangan dan
perkahwinan. Sirih junjung dijadikan penghulu atau kepala barisan pertama yang mengepalai
rombongan pembawa hantaran ketika upacara pertunangan dan perkahwinan.
Masyarakat India juga menggunakan sirih dalam upacara keagamaan, perayaan, hari
peminangan, pertunangan dan perkahwinan. Pengamal berkapur sirih pula gemar
mengunyah sirih bersama pinang, kapur, gambir dan cengkeh pada waktu-waktu
santai. Amalan makan sirih yang berlebihan boleh mengakibatkan ketagihan kepada
para pengamal tersebut. Secara ringkasnya penggunaan daun sirih telah didapati menyentuh pelbagai
aspek kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum di Nusantara.
Makanan
Tradisi berkapur sirih atau makan sirih telah diamalkan sekian lama oleh masyarakat Melayu di Malaysia sejak zaman nenek moyang dahulu lagi. Di Indonesia amalan berkapur sirih dikenali sebagai menginang, berasal dari kosa kata bangsa Jawa, dan masih menjadi amalan biasa hingga kini bagi sesetengah masyarakat. Pendek kata pada masa dahulu, aktiviti berkapur sirih di seluruh Nusantara diamalkan oleh para petani ketika berehat, bersantai dan berbual-bual setelah penat mengerjakan bendang atau semasa musim menuai padi. Para nelayan dahulu pula tidak lupa membawa bekal sirih dan pinang ketika turun ke laut menangkap ikan. Mengikut cerita sejarah Kesultanan Melayu, warga istana juga memakan sirih sebagai santapan pada waktu rehat.
Adat Istiadat
Tepak Sirih dan Sirih Junjung adalah elemen wajib ketika upacara adat istiadat masyarakat Melayu, seawal daripada aktiviti merisik dan bertunang hinggalah majlis pernikahan. Dalam majlis pernikahan, sirih telah digubah dengan sebegitu indah dalam bentuk amat menarik dan dikenali sebagai Sirih Junjung yang menjadi hiasan utama barang-barang hantaran kepada pengantin perempuan.
Tidak ketinggalan juga, ketika adat istiadat di istana, elemen tersebut tidak ditinggalkan dalam adat istiadat yang dijalankan. Dalam upacara rasmi kebesaran istana, Sirih Junjung telah dijadikan hiasan bagi menyemarakkan suasana dan biasanya mengepalai sesuatu perarakan adat.
Simbol Pengantara
Masyarakat Melayu zaman dahulu amat tertib dan sentiasa mengambilkira kesopanan dan kesusilaan dalam berkomunikasi. Untuk itu, sirih dijadikan symbol pengantara ketika di dalam situasi berikut :-
1. Hadiah ibu bapa kepada guru-guru mengaji Al-Quran, sebagai simbol pengantara menyatakan tanda keikhlasan hati atau seolah-olah satu persetujuan menyerahkan anak-anak mereka untuk dibimbing.
2. Sirih Perangsang menjadi simbol pengantara menyemarakkan semangat juang di samping menjadi penenang hati kepada parajurit ketika ingin bertolak ke medan perang
3. Mengalu-alukan kedatangan tetamu dalam sesuatu majlis dengan cara menghulurkan tepak sirih ke ruang tengah tempat perbincangan, adakalanya bertukar-tukar tepak sirih masing-masing lebih dahulu, dan pihak tetamu pula akan menyambutnya dan dengan senang hati menjamah sirih pinang atau berkapur sirih, menandakan undangan tersebut diterima dengan hati yang terbuka.
Pantun Sirih Buat Renungan
Makan Sirih Berpinang Tidak,
Pinang ada dari Melaka,
Pinang ada dari Melaka,
Makan sirih mengenyang tidak
Tegal di budi dengan bahasa.
Tegal di budi dengan bahasa.
Sirih sekapur bawa berniaga,
Sirih tidak dijual beli
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Serai serumpun sirih sejunjung,
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
Serai serumpun sirih sejunjung,
Serai digenggam sirih diikat,
Kasih ibu tiada penghujung,
Lekat dihati ke akhir hayat.
Kasih ibu tiada penghujung,
Lekat dihati ke akhir hayat.
Wednesday, 2 May 2018
MAi05 04 Tanaman Hiasan Ruangan Oleh Rukayah Aman
Jom berkongsi ilmu....terdapat pelbagai tanaman hiasan yang mengisi ruang persekitaran rumah kita. Samada kita sendiri yang menanamnya atau ianya telah berada di situ sebelum kita mendiami kawasan tersebut. Yang pastinya kita terlepas pandang untuk mengambil tahu apakah nama mahupun sifat-sifat semulajadi tumbuhan tersebut. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk mengenali tanaman disekitar kediaman kita dengan merujuk setiap item yang disenaraikan dalam buku ini. Saya pasti ada di antara kita yang ingin mengetahuinya kerana keperluan masing-masing atas sebab akademik bidang lanskap atau memiliki kerjaya sebagai kontraktor bidang lanskap ataupun sememangnya kita mempunyai hobi melengkapkan koleksi tanaman kita. Tak kenal maka tak cinta....Itulah kata pepatah yang dipegang oleh penulis iaitu untuk mengenali jenis tumbuhan ciptaan Allah SWT dimuka bumi ini....semoga buku ini dapat merapatkan kita dan meningkatkan penghargaan kita dan dapat menjadi medium sebaran ilmu bermanafaat untuk seluruh warga komuniti di Malaysia!
Sila klik di sini untuk membuat pesanan.....
Monday, 30 April 2018
MAi05 03 ~ Tanaman Berkhasiat Ubatan Oleh Rukayah Aman
Jom berkongsi ilmu....terdapat pelbagai tanaman berkhasiat ubatan yang terdapat di negara kita Malaysia. Tanpa ilmu kita tidak akan tahu manafaat tanaman yang terdapat disekeliling kita. Tak kenal maka tak cinta. Itulah kata pepatah yang dipegang oleh penulis iaitu selain mengenali jenis tanaman, elok juga kalau anda menjelajah sedikit tentang apakah khasiat perubatan yang boleh dinikmati daripada tanaman ciptaan Allah SWT dimuka bumi ini....semoga buku ini dapat merungkai perkara-perkara yang tersirat serta meningkatkan kesedaran dan penghargaan kita tentang manafaat perubatan yang dikandunginya. Semoga dapat menjadi medium sebaran ilmu bermanafaat untuk seluruh warga komuniti di Malaysia!
Sila klik di sini untuk membuat pesanan.....
MAi05 02 ~ Buah-Buahan Malaysia Oleh Rukayah Aman
Jom berkongsi ilmu....terdapat pelbagai jenis buah-buahan di negara kita Malaysia....kebanyakkannya masih segar dalam minda kita...semoga buku ini dapat memberi imbasan kembali dan menjadi satu platform untuk mengenali Buah-Buahan Malaysia dengan lebih rapat dan mengetahui serba sedikit tentang sifat semulajadinya dengan lebih dekat. Usaha ini diharap akan dapat menjadi medium sebaran ilmu bermanafaat untuk seluruh warga komuniti di Malaysia!
Sila klik di sini untuk membuat pesanan.....
MAi05 01~Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia oleh Rukayah Aman
Jom berkongsi ilmu....buah-buahan nadir yang dimuatkan dalam buku ini telah semakin luput dari minda kita...ada antaranya yang biasa pada generasi dahulu..tetapi semakin dilupakan atau tidak diketahui langsung oleh generasi pelapis..semoga buku ini dapat mengembalikan nostalgia kita bersama dan menjadi satu sebaran ilmu bermanafaat untuk seluruh warga komuniti di Malaysia!
Sila klik di sini untuk membuat pesanan.....
Saturday, 28 April 2018
Cara Pos ~ Caj Penghantaran Produk :
AgroPro
Intergrated
menggunakan
perkhidmatan pos laju pos Malaysia, bagi
pesanan
produk
secara
pos.
Oleh
itu, bagi semua
transaksi
penghantaran
melalui
pos,
polisi
dan
caj
penghantaran
bagi
zon
domestik dalam
semenanjung
Malaysia, sila
klik
logo
yang berikut:
Cara Menyemak
Kadar Domestik
Pos
Laju:
1.Klik
logo untuk ke
link di atas.
2.Klik
Capaian
Pantas
3.Klik
Kiraan Kiriman
Pos
4.Pada
paparan
Jenis Mel : Klik Pos Laju
5.Pada
paparan
Berat :
Masukkan
Berat dalam unit (kg) kilogram
6.Pada
paparan
Jenis Zon : Klik Zon
terlibat
Umumnya,
anda
akan
mendapati
hasil
semakan
Kadar Caj
Domestik (Dalam
Semananjung
Malaysia):
i)
Berat
< 500g @ 0.5 kg = RM 7.26
ii)
Antara
500g ke
1 kg = RM
8 ke RM
10
Caj Pos Laju AgroPro Intergrated :
Caj Pos
Laju
adalah
nilai
RM yang perlu
ditambah
kepada
harga
produk. Bermula
bulan Mei 2018 ini
pihak
AgroPro
Intergrated
menawarkan
RM 2.30 diskaun
Caj
Pos
Laju bagi Zon
Domestik
bagi
pembelian
produk.
Pelanggan
Cuma
tambah
bakinya
selepas
membuat
semakan
kadar
caj
Pos
Laju.
Contoh:
Pelanggan
membeli
produk
2 peket
Kawat
GI Gantung
Pokok
Light Duty (KGLD01) x RM 10.00 = RM 20.00
Berat bagi 2 peket KGLD01 400g (< 500 g), Jadi kadar
caj
Pos
Laju
= RM 7.26 = RM 7.30 (Dibundarkan)
Jumlah perlu dibank in menjadi RM 20.00 + RM 5.30 = RM 25.30
(Caj Pos Laju di tolak RM 2.30 sebagai diskaun dari AgroPro Integrated).
(Caj Pos Laju di tolak RM 2.30 sebagai diskaun dari AgroPro Integrated).
Terma dan Syarat Pesanan Produk AgroPro Intergrated
Kepada Semua Para Pelanggan Yang Dihormati dan Dihargai,
Sila fahami terma dan
syarat pembelian ini
sebelum membuat sebarang pesanan produk AgroPro Intergrated. Selepas bersetuju membeli, bermakna anda telah bersetuju semua terma dan
syarat tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
1.Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti kerosakan produk
2.Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang dipulangkan kecuali seperti dalam perkara (1). Jika kecuaian dari kami, produk akan diganti semula selepas menerima gambar aduan dan kerosakan dikembalikan selepas disemak oleh pihak kami.
3.Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja di Malaysia.
4.Jika membeli secara online , pastikan nama penuh, alamat lengkap dengan poskod dan bilangan pesanan diwhatsapp dengan betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika menghantar whatsapp pesanan.
5.Sila sertakan bukti bayaran iaitu slip bank (CDM) melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan lancar. Maklumat pembelian melalui whatsapp akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima, sila emel : agroprointegrated@gmail.com untuk kepastian.
6.Wang
tidak akan dikembalikan selepas bayaran dibuat dan
pelanggan tidak dibenarkan untuk membatalkan pesanan.
7.Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa
jua
sebab semasa penghantaran oleh pihak Pos Laju.
8.Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (Sabah dan Sarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses pesanan/tempahan pelanggan. Sekiranya pesanan dibuat pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama bekerja. Walaubagaimana pun kami akan cuba memastikan dan cuba memproses pesanan secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.
9.Sekiranya berlaku ketiadaan stok produk selepas membuat bayaran, maka kami akan menghubungi pelanggan dan perlu
i)Menunggu sehingga ada stok baru dalam beberapa hari
ii)Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan jika stok masih tiada.
10.Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
11.Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula akibat pemesan tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, simpanan penghantaran semula akan dilakukan dan anda perlu menanggung caj penghantaran kerana disebabkan kecuaian anda.
12.Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula sama ada dalam sampul pos atau transfer akaun dan anda akan dimaklumkan.
13.Bagi pembelian secara Cash On Delivery (COD), temujanji melalui talian AgroPro Intergrated
(011-56860368) boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum pengambilan produk untuk mengelakkan sebarang masalah. COD hanya melibatkan jarak radius 5 km daripada Pusat Bandaraya Melaka sahaja. Caj
petrol RM 5.00 akan dikenakan bagi jarak melebihi radius 5 km dalam negeri Melaka.
14.Pembelian oleh pelanggan dari luar Negeri
Melaka perlu menggunakan cara Pos Laju. Sila rujuk laman
web Pos Laju bagi menyemak sebarang kadar penghantaran domestik.
15.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami sebarang kecederaan ketika menggunakan Kawat GI Gantung Pokok Light Duty/Heavy Duty/Bunga Matahari yang berkonsepkan Do It Yourself (D.I.Y) kerana cadangan untuk sentiasa menggunakan playar dalam membengkok atau memotong kawat GI telah diberi. Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera jika anda manghadapi sebarang kecederaan.
16.Segala maklumat yang anda berikan melalui whatsapp atau emel akan disimpan untuk kegunaan masa akan datang sebagai rujukan untuk syarikat dan tidak akan sama sekali disalurkan kepada pihak ketiga kerana ianya dianggap sulit dan rahsia.
Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa sebelum membuat apa-apa pesanan baru.
***Anda dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa pesanan produk jika tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat di atas.
© Copyright 2018 AgroPro Intergrated®
Subscribe to:
Posts (Atom)
NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery
AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...