Friday, 20 April 2018

KGBM03 ~ Produk Kawat GI Bunga Matahari

Kaedah menggantung pokok kaki angin yang terbaik adalah menggunakan teknik gantung pada Kawat GI berbentuk bunga matahari. Ini merupakan satu inovasi baru yang boleh meningkatkan kesuburan pokok kaki angin. 





Harga : RM 2.50 / Unit
(Tidak Termasuk Kawat GI Gantung Pokok Light Duty ~ KGLD01)


Jika anda seorang peminat pokok gantung / ingin mencuba membiak pokok Kaki Angin; atau atau sedang mendiami Apartment Prima @ Kondo Bertingkat / Rumah Teres / Rumah Kampung / Rumah Kos Rendah, yang mempunyai ruangan terhad.....Anda Pasti Memerlukannya!!!

Jangan berlengah lagi, saya sedia membekalkan Kawat GI Bunga Matahari untuk anda. Sila klik di sini untuk membuat pesanan.
 Klik Di Sini

Diskripsi & Spesifikasi Produk:

i)  Kawat GI bersalut PVC berwarna hijau bentuk gelung bulat : Kod KGBM03
ii) Kawat GI besi galvani dililit seperti kelopak bunga matahari di sekeliling bulatan 
iii) Diameter/Garispusat bulatan adalah antara 7" hingga 8" 

Peggunaan Kawat GI Bunga Matahari (KGBM03) ini adalah berkonsepkan D.I.Y ketika  ingin memasang Kawat GI Gantung Pokok Light Duty (KGLD01) kerana  pelanggan  perlu memotong sendiri Kawat GI Gantung Pokok Light Duty  mengikut  kesesuaian  panjang/ ruang yang ada

Perhatian: Pelanggan diingatkan menggunakan alatan playar setiap kali memotong atau memben-gkok Kawat GI Gantung Pokok Light Duty bagi keselamatan tangan sendiri.

Kawat GI Bunga Matahari (KGBM03) digunakan bersama Kawat GI Gantung Pokok Light Duty(KGLD01)
Manfaat Kawat GI Bunga Matahari

Antara manfaat yang boleh didapati daripada teknik ini adalah :

  1. Meningkatkan lagi kadar serapan udara pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  2. Meningkatkan kadar serapan air pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  3. Meningkatkan kadar serapan baja cecair pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  4. Memudahkan pembiakan benih baru
  5. Menyusun dengan lebih kemas, seragam dan teratur di sekitar rumah
  6. Lebih ringan dan lebih mudah berpindah lokasi yang diingini
  7. Menjimatkan ruang tanaman


Diskripsi Inovasi Kawat GI 
Kisah Benar~Kaki Angin Hidup Tanpa Tanah & Pasu!


No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...