Saturday 7 April 2018

Diskripsi Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok Gantung


AgroPro Integrated (MA 0233132-D) adalah pembuat produk ringkas iaitu Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok Gantung, diperbuat daripada Galvanised Iron (GI) bersalut Aluminium secara “homemade” untuk memenuhi keperluan pencinta pokok orkid atau pokok pasu gantung. 

Kawat GI ini telah digunakan sejak sekian lama dahulu dalam dunia hortikultur. Walaupun terdapat pelbagai kaedah mengantung pokok masa kini seperti tali temali dan produk plastik buatan Negeri Cina, Kawat GI masih menjadi pilihan para pencinta tanaman pokok hiasan gantung kerana sifatnya yang tahan lama dan menjimatkan kos dalam masa jangka panjang. 

Kini produk Kawat GI ini direkabentuk khas dengan penyangkutnya mirip ukiran Melayu dan dimuatkan dalam peket plastik supaya tahan karat dan boleh disimpan lebih lama jika belum digunakan oleh pelangganUkuran panjang keseluruhan Kawat GI Light Duty adalah 24” panjang dalam peket plastik berisi 5 unit, manakal Kawat GI Heavy Duty pula adalah 26” panjang dalam satu peket plastik berisi 4 unit.

Terdapat 2 jenis Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok Gantung yang boleh dipilih oleh pelanggan iaitu:

i) KawatGI Light Duty Kod KGLD01, 24panjang dan saiz penyangkut lebih kecil untuk menggantung pokok/pasu kecil dan lebih ringan; dan

ii)KawatGI Heavy Duty Kod KGHD02, 26” panjang dan saiz penyangkut lebih kasar untuk mengantung pokok /pasu besar dan lebih berat 


Pegunaan Kawat GI ini adalah berkonsepkan D.I.Y kerana pelanggan boleh menentukan sendiri menggunakan Kawat GI Light Duty untuk pasu ringan/kecil atau Kawat GI Heavy Duty untuk pasu berat/besar. Pelanggan juga perlu menyesuaikan dengan memotong sendiri Kawat GI mengikut kesesuaian ruang yang ada. Pelanggan diingatkan menggunakan alatan playar setiap kali memotong atau membengkok Kawat GI bagi keselamatan tangan sendiri

Antara kebaikan penggunaan Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok Gantung kepada pelanggan adalah :
1.Murah
2.Mudah
3.Kemas, Cantik dan Seragam
4.Tahan lama
5.Keperluan pengudaraan baik untuk tanaman




No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...