Monday 23 April 2018

Diskripsi MyAnjung Ilmu (MAi05)


MyAnjung Ilmu (MAi05) adalah produk kelima saya khas buat anda bagi membeli produk buku berasaskan pertanian (Agricultural Base Book) yang ditulis oleh pakar dalam bidang tersebut!  Saya terpanggil untuk  membangunkan post ini untuk dijadikan platform konsi ilmu kerana bahan bacaan bidang ini masih terhad bagi mereka yang berminat, sedang belajar /menyelidik, memerlukan rujukan tambahan atau berkeperluan tinggi dalam kerjaya harian.                                                                           
Buku pilihan MyAnjung Ilmu ini masih terhad kuantitinya, kerana saya memberi laluan kepada penulis pilihan saya, Pn Hjh Rukayah Bt Aman iaitu emak saudara saya sendiri. Saya amat kagum dengan komitmen, minat, ketekunan, istiqamah, kesabaran yang ditunjukkan beliau kepada kami dalam penulisan bidang yang amat beliau minati ini. Dalam beberapa tahun ini, saya dapati beliau amat giat menulis judul buku yang boleh dikongsi baca oleh semua golongan komuniti termasuk anak muda generasi kini. Tajuk buku beliau sangat berguna sebagai rujukan generasi baru sebagai generasi pelapis, misalnya Buah-buahan Nadir Semenanjung Malaysia, Tanaman Berkhasiat Ubatan dan Buah-Buahan Malaysia dan Ulam dan Sayuran Tempatan Semenanjung Malaysia. Saya berpandangan jika tiada usaha dan ketekunan mengumpul fakta dan data seperti yang beliau lakukan, nescaya khazanah ilmu ini bakal hilang dan luput dek arus zaman.                                                                                                                                      
Lawatilah post saya di MyAnjung Ilmu iniAnda tidak perlu membuang banyak masa mencari buku ini dan gunakanlah sahaja kemudahan yang saya sediakan di blog ini yang beroperasi 24 jam sehari dengan harga yang cuba ditawarkan 

Selamat Berkongsi Ilmu dan Jom Membaca!

Salam perkenalan daripada penulis :



MAi05 03 ~ Tanaman Berkhasiat Ubatan Oleh Rukayah Aman




No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...