Thursday 19 April 2018

Diskripsi Khidmat Moderator/Negotiator ~ MyInfo4U (KOD Mi4U04}

MyInfo4U (Mi4U04) adalah suatu post khusus yang saya bangunkan untuk memberikan Khidmat Moderator/Negotiator AgroPro Intergrated dengan menyediakan fakta dan data Aset - LOT TANAH UNTUK DIJUAL.... Melalui blog ini, saya bersedia bertindak sebagai Moderator/ Negotiator untuk memudahcara Tn/Pn; bermula dari paparan info paling tepat dan dekat lot-lot tanah yang ingin dijual oleh pemilik sendiri hinggalah kepada perjumpaan dan perbincangan Tn/Pn yang berminat atau berkeperluan mengumpul aset.

Post ini akan menyediakan platform pemudahcara antara Tn/Pn dengan pemilik sendiri atau wakil pemilik tanah dari aspek perbincangan lanjut, mengetahui detail, menilai dan tawar-menawar harga, berjumpa pemilik dan seterusnya memudahkan proses Tn/Pn untuk membuat keputusan untuk membeli lot tersebut atau tidak. 

Tn/Pn boleh memilih berjumpa pemilik atau wakil pemilik bersama saya atau berkomunikasi terus melalui No HP dan nama pemilik atau wakil pemilik yang tertera. Sehinggalah Tn/Pn berpuashati dengan segala input yang diperolehi, Tn/Pn sendiri boleh meneruskan kepada proses jual beli atau tukar milik mengikut prosedur semasa yang berkuat kuasa oleh Kanun Tanah Negara.

Dalam hal ini, saya hanya menyediakan input yang sahih sahaja dan saya berharap input yang disediakan dapat menemukan jodoh aset yang Tn/Pn cari...sekurang-kurangnya tindakan saya sebagai 'Moderator/Negotiator' melalui blog ini akan dapat memudahcara Tn/Pn dalam usaha pembelian aset sendiri atau generasi Tn/Pn pada masa akan datang!

Selamat menikmati MyInfo4U yang di bangunkan ini!    

No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...