Thursday, 19 April 2018

Diskripsi Inovasi Teknik Gantung Kaki Angin ~Kawat GI Bunga Matahari (KGBM)

Ramai antara kita pasti telah memiliki pokok Kaki Angin dalam koleksi pokok hiasan di rumah dengan pelbagai cara tersendiri menggantungnya ikut kreativiti sendiri; asalkan ianya dapat hidup dan membiak dengan baik. Biasanya pokok kaki angin digantung menggunakan komponen bingkai kipas angin, tempurung dan sabut kelapa, kawat kasar bengkok mahupun pada dahan-dahan pokok dan berbagai cara lain.

Mengikut pengalaman, kaedah menggantung pokok kaki angin yang terbaik adalah menggunakan teknik gantung pada Kawat GI yang direka khas berbentuk bunga matahari. Ini merupakan satu inovasi baru yang boleh meningkatkan kesuburan pokok kaki angin anda. Antara manfaat yang boleh didapati daripada teknik ini adalah :

  1. Meningkatkan lagi kadar serapan udara pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  2. Meningkatkan kadar serapan air pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  3. Meningkatkan kadar serapan baja cecair pada permukaan dedaunnya yang lebih luas
  4. Memudahkan pembiakan benih baru
  5. Menyusun dengan lebih kemas, seragam dan teratur di sekitar rumah
  6. Lebih ringan dan lebih mudah berpindah lokasi yang diingini
  7. Menjimatkan ruang tanaman



No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...