Saturday, 28 April 2018

Terma dan Syarat Pesanan Produk AgroPro Intergrated


Kepada Semua Para Pelanggan Yang Dihormati dan Dihargai,
Sila fahami terma dan syarat pembelian ini sebelum membuat sebarang pesanan produk AgroPro Intergrated. Selepas bersetuju membeli, bermakna anda telah bersetuju semua terma dan syarat tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.


1.Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti kerosakan produk

2.Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang dipulangkan kecuali seperti dalam perkara (1). Jika kecuaian dari kami, produk akan diganti semula selepas menerima gambar aduan dan kerosakan dikembalikan selepas disemak oleh pihak kami.

3.Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja di Malaysia.

4.Jika membeli secara online , pastikan nama penuh, alamat lengkap dengan poskod dan bilangan pesanan diwhatsapp dengan betul. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika menghantar whatsapp pesanan.

5.Sila sertakan bukti bayaran iaitu slip bank (CDM) melalui whatsapp jika membeli secara online. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan lancar. Maklumat pembelian melalui whatsapp akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima, sila emel : agroprointegrated@gmail.com untuk kepastian.

6.Wang tidak akan dikembalikan selepas bayaran dibuat dan pelanggan tidak dibenarkan untuk membatalkan pesanan.
7.Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa penghantaran oleh pihak Pos Laju.

8.Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (Sabah dan Sarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses pesanan/tempahan pelanggan. Sekiranya pesanan dibuat pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama bekerja. Walaubagaimana pun kami akan cuba memastikan dan cuba  memproses pesanan secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.

9.Sekiranya berlaku ketiadaan stok produk selepas membuat bayaran, maka kami akan menghubungi pelanggan dan perlu 

i)Menunggu sehingga ada stok baru dalam beberapa hari

ii)Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan jika stok masih tiada.

10.Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.

11.Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula akibat pemesan tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, simpanan penghantaran semula akan dilakukan dan anda perlu menanggung caj penghantaran kerana disebabkan kecuaian anda.

12.Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula sama ada dalam sampul pos atau transfer akaun dan anda akan dimaklumkan.

13.Bagi pembelian secara Cash On Delivery (COD), temujanji melalui talian AgroPro Intergrated (011-56860368) boleh dibuat dalam masa 24 jam sebelum pengambilan produk untuk mengelakkan sebarang masalah. COD hanya melibatkan jarak radius 5 km daripada Pusat Bandaraya Melaka sahaja. Caj petrol RM 5.00 akan dikenakan bagi jarak melebihi radius 5 km dalam negeri Melaka.
14.Pembelian oleh pelanggan dari luar Negeri Melaka perlu menggunakan cara Pos Laju. Sila rujuk laman web Pos Laju bagi menyemak sebarang kadar penghantaran domestik.

15.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika anda mengalami sebarang kecederaan ketika menggunakan Kawat GI Gantung Pokok Light Duty/Heavy Duty/Bunga Matahari yang berkonsepkan Do It Yourself (D.I.Y) kerana cadangan untuk sentiasa menggunakan playar dalam membengkok atau memotong kawat GI telah diberi. Sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera jika anda manghadapi sebarang kecederaan.

16.Segala maklumat yang anda berikan melalui whatsapp atau emel akan disimpan untuk  kegunaan masa akan datang sebagai rujukan untuk syarikat dan tidak akan sama sekali disalurkan kepada pihak ketiga kerana ianya dianggap sulit dan rahsia.


Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa sebelum membuat apa-apa pesanan baru.


***Anda dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa pesanan produk jika tidak bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat di atas.

© Copyright 2018 AgroPro Intergrated®


No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...