Friday, 27 April 2018

Jom Kenali Lebah Kelulut & Khasiatnya Untuk Manusia

LEBAH KELULUT
Lebah Kelulut atau nama biasanya Kelulut atau dikenali sebagai Trigona dengan nama saintifik Meliponini trigona, adalah sejenis lebah tanpa sengat yang mampu  menghasilkan madu seperti lebah maduTerdapat hampir 500 spesis kelulut di seluruh dunia. Lebah kelulut didapati di kawasan tropika seperti di Australia, Afrika, Asia Tenggara dan Amerika.

Madu kelulut memiliki pelbagai khasiat malah lebih tinggi khasiatnya berbanding madu lebah. Kelulut menyimpan madunya dalam tempayan kecil dilapisi oleh propolis. Madu kelulut bukan berwarna putih seperti yang didakwa dan rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.
Lebah Kelulut adalah agen pendebungaan penting di hutan dan pokok buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Surah An-Nahl ayat 68 dan 69 dalam Al Quran menyebut mengenai lebah dan madu, Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacammacam warnanya, di dalam nya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya”.

Lebah Kelulut menjadikan resin(getah) pokok jenis Dipterocarp seperti meranti, keruin dan merawan di hutan teropika sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. Resin pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman tubuh yang dapat membantu merangsang sel ketahanan badan manusia. Madu Kelului digelar sebagai IBU UBAT dan semakin ramai pengamal perubatan tradisional dan penyelidik mengsyorkan amalan permakanannya.




No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...