Saturday 7 April 2018

D.I.Y : Langkah Demi Langkah Menggantung Pokok Dengan Kawat GI



Mengantung pokok pasu menggunakan Kawat GI ini bukanlah satu aktiviti yang sukar terutamanya bagi mereka yang rutin melakukannya. Kepada mereka yang kali pertama ingin menggantung pokok menggunakan Kawat GI ini, ianya masih dalam kategori mudah, dan  perlu dilakukan secara berhati-hati serta mengambilkira soal keselamatan. Penggunaan playar bagi membantu kerja-kerja menggantung pokok amat digalakkan.

Langkah baik secara praktikal   untuk  diikuti  oleh  semasa  menggantung  pokok  pasu  adalah   seperti   berikut :

Langkah  A  Keluarkan Kawat GI daripada peket plastik

Langkah  B Ketiga-tiga Kawat GI dikembangkan dahulu serta dihalakan ke lubang  pasu gantung 

Langkah   Acukan dan masukkan ketiga-tiga Kawat GI dalam ketiga-tiga  lubang  pasu gantungBuat congakkan sehingga puashati panjang kawat yang akan dibengkokkanbarulah kerja memotongmenggunakan playar dilakukan.Pastikan ukuran panjang adalah samarata dan seimbang supaya pasugantung tidak senget sebelahKemudian buat bengkokkan untuk mematikan ikatan di hujung Kawat GI. Pasu gantung akan kelihatan lebih menarik jika Kawat GI adalah seimbang.

Langkah    D  Akhir sekalibuat kemasan akhir untuk mengukuhkan ikatan Kawat GI.    

Antara kebaikan penggunaan Kawat GI Gantung Orkid @ Pokok Gantung kepada pelanggan adalah :

1.Murah
2.Mudah
3.KemasCantik dan Seragam
4.Tahan lama
5.Keperluan pengudaraan baik untuk tanaman

Selamat Mencuba!!!


D.I.Y STEP-BY STEP : MENGGANTUNG POKOK HIASAN PASU GANTUNG







CARA GUNA KAWAT GI GANTUNG POKOK SEMUDAH A,B,C DAN D!!!



No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...