Saturday 5 May 2018

Jom Kenali Sirih ~ Sejenis Tumbuhan Yang Gemilang Sejak Zaman Berzaman




Sirih

Piper betle Linn. (Betel Leaf)




  
Kingdom:
Division:
Class (Classis):
Order(Ordo):
Family:
Genus:
Species:
betle

Pengunaan Daun Sirih

Pokok sirih amat dikenali dalam masyarakat Melayu dan berperanan besar dalam tradisi adat resam selain daripada perubatan tradisional. Sirih sering dikaitkan dengan semangat kepahlawanan Melayu dan merupakan elemen wajib masyarakat Melayu dalam upacara pertunangan dan perkahwinan. Sirih junjung dijadikan penghulu atau kepala barisan pertama yang mengepalai rombongan pembawa hantaran ketika upacara pertunangan dan perkahwinan. Masyarakat India juga menggunakan sirih dalam upacara keagamaan, perayaan, hari peminangan, pertunangan dan perkahwinan. Pengamal berkapur sirih pula gemar mengunyah sirih bersama pinang, kapur, gambir dan cengkeh pada waktu-waktu santai. Amalan makan sirih yang berlebihan boleh mengakibatkan ketagihan kepada para pengamal tersebut. Secara ringkasnya penggunaan daun sirih telah didapati menyentuh pelbagai aspek kehidupan dalam masyarakat pelbagai kaum di Nusantara.

Makanan

Tradisi berkapur sirih atau makan sirih telah diamalkan sekian lama oleh masyarakat Melayu di Malaysia sejak zaman nenek moyang dahulu lagi. Di Indonesia amalan berkapur sirih dikenali sebagai menginang, berasal dari kosa kata bangsa Jawa, dan masih menjadi amalan biasa hingga kini bagi sesetengah masyarakat. Pendek kata pada masa dahulu, aktiviti berkapur sirih di seluruh Nusantara diamalkan oleh para petani ketika berehat, bersantai dan berbual-bual setelah penat mengerjakan bendang atau semasa musim menuai padi. Para nelayan dahulu pula tidak lupa membawa bekal sirih dan pinang ketika turun ke laut menangkap ikan. Mengikut cerita sejarah Kesultanan Melayu, warga istana juga memakan sirih sebagai santapan pada waktu rehat.

Adat Istiadat

Tepak Sirih dan Sirih Junjung adalah elemen wajib ketika upacara adat istiadat masyarakat Melayu, seawal daripada aktiviti merisik dan bertunang hinggalah majlis pernikahan. Dalam majlis pernikahan, sirih telah digubah dengan sebegitu indah dalam bentuk amat menarik dan dikenali sebagai Sirih Junjung yang menjadi hiasan utama barang-barang hantaran kepada pengantin perempuan.

Tidak ketinggalan juga, ketika adat istiadat di istana, elemen tersebut tidak ditinggalkan dalam adat istiadat yang dijalankan. Dalam upacara rasmi kebesaran istana, Sirih Junjung telah dijadikan hiasan bagi menyemarakkan suasana dan biasanya mengepalai sesuatu perarakan adat.  

Simbol Pengantara

Masyarakat Melayu zaman dahulu amat tertib dan sentiasa mengambilkira kesopanan dan kesusilaan dalam berkomunikasi. Untuk itu, sirih dijadikan symbol pengantara ketika di dalam situasi berikut :-

1. Hadiah ibu bapa kepada guru-guru mengaji Al-Quran, sebagai simbol pengantara menyatakan tanda keikhlasan hati atau seolah-olah satu persetujuan menyerahkan anak-anak mereka untuk dibimbing.

2. Sirih Perangsang menjadi simbol pengantara menyemarakkan semangat juang di samping menjadi penenang hati kepada parajurit ketika ingin bertolak ke medan perang

3. Mengalu-alukan kedatangan tetamu dalam sesuatu majlis dengan cara menghulurkan tepak sirih ke ruang tengah tempat perbincangan, adakalanya bertukar-tukar tepak sirih masing-masing lebih dahulu, dan pihak tetamu pula akan menyambutnya dan dengan senang hati menjamah sirih pinang atau berkapur sirih, menandakan undangan tersebut diterima dengan hati yang terbuka.

Pantun Sirih Buat Renungan

Makan Sirih Berpinang Tidak,
      Pinang ada dari Melaka,
Makan sirih mengenyang tidak
      Tegal di budi dengan bahasa.

Sirih sekapur bawa berniaga,
     Sirih tidak dijual beli
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.

Serai serumpun sirih sejunjung,
     Serai digenggam sirih diikat,
Kasih ibu tiada penghujung,
     Lekat dihati ke akhir hayat.


Keistimewaan Daun Sirih





No comments:

Post a Comment

NSRY09 ~ Aloepirandsia Nursery

AgroPro Intergrated telah memulakan sebuah aktiviti agrobes berkonsepkan 'Kebun Bandar' iaitu Nurseri Aloepirandsia di Taman Ikhsan,...